Pernikahan Raja Azmi dan Eddie

on Sunday, October 13, 2013


Tahniah diucapkan kepada Raja Azmi Raja Sulaiman kerana sudah sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali yang merupakan gitaris kumpulan CRK dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah disempurnakan di Laman Beringin, Istana Budaya pada malam Ahad, jam 9:30 malam. 

Raja Azmi menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Rombongan lelaki turut membawa 1 dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih. Manakala pihak perempuan membalas 3 dulang hantaran berupa manis-manisan seperti coklat, biskut dan jeli.





Sumber: mstar & izyan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Kalimah Keramat All Rights Reserved