Simpulan Bahasa Yang Ramai Yang Salah Tafsir

on Friday, November 29, 2013

Mungkin ada yang sudah sedia maklum, dan pastinya ramai yang tak tahu pasal benda ni. Ia berkenaan dengan peribasa yang mana ramai yang salah tafsir.

Ada 5 peribahasa yang baru dikenalpasti ianya sebenarnya simpulan bahasa atau peribahasa disalah tafsir oleh orang dulu-dulu. Zaman nenek nenek moyang.


1. “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”

Ayat sebenar : “Harapkan pegar, pegar makan pagi” . Pegar merupakan sejenis burung.
Secara logik, mana boleh pagar makan padi. Lagipun, dulu kala takda pagar. Betul tak? Hehe



2. “Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga”

Ayat sebenar : “Bagai Melepaskan Batok Di Tangga” . Batok ni macam tempurung kepala tu. Orang dulu mesti ada tempat cuci kaki kat tangga. Gayung tu lah batok ketika zaman dahulu. Batok batok batok, last last betul. Sekarang pula, batuk. Tak logik kan?


3. “Mata Keranjang“

Ayat sebenar : ” Mata Ke Ranjang” .. Maksudnya kalau ada lelaki yang melihat perempuan, dan bawa ke rangjang. Itulah maksud lelaki gatal.


4. “Merah Padam”

Ayat sebenar : “Merah Padma” . Merah padam ni yang bermaksud bila kita melu, muka jadi merah padam. Tapi apa kaitan merah dengan padam? Muka merah lepas tu kita padam? Haa kan pelik. Merah Padma ni sejenis bunga teratai berwarna merah . Atau nama lainnya ialah teratai merah.

5. “Saling Tak Tumpah”

Ayat Sebenar : “Salin tak tumpah” . Yang membawa maksud benar-benar serupa

6. “Menjolok Mata”

Ayat Sebenar : “Mencolok Mata” .. Maksudnya orang yang berpakaian seksi dan mencolok mata. Bukan menjolok mata. Tak kan kita nak jolok mata kan. Haaa..

Ini sahaja setakat ini yang dikenalpasti ianya salah. Maklumlah selama ni kita semua ikut sahaja apa yang cikgu ajar. Tapi kesalahan-kesalahan ini bukan berpunca daripada cikgu, tapi daripada orang yang menyebarkan peribahasa atau simpulan bahasa ini. Kemungkinan kesalahan fahaman dari tulisan jawi and so on.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Kalimah Keramat All Rights Reserved